Haa, sekarang ni aku sememangnya tengah dalam mood nak 'ber olimpik' nih, tu sebab aku cerita lagi entri berkaitan olimpik selepas kisah pengaruh Freemason dan Illuminati di Sukan Olimpik London 2012. Tambahan pula, Malaysia telah berjaya menambah satu lagi koleksi pingat di Sukan Olimpik menerusi acara Terjun platform 10M individu wanita, sape lagi kan kalau bukan Pandalela Rinong. Syabas aku ucapkan kepada Ratu Terjun negara ni. Tapi, bukan itu yang akan aku kopek atau kupaskan pada entri kali ini, secara tak semena-mena jugak aku rasa aku berminat betul nak tulis tentang abang-abang, kakak-kakak legend dekat Olimpik ni, dari dulu sampai la sekarang.
OK, aku malas nak cerita panjang-panjang. Jom kita tengok sesatu apa yang ada pada legend-legend ni semua, dan juga rekod masa lampau mereka, CHEKIDAUTT !!
OLAHRAGA
Veteran.
Carl Lewis
![]() |
Buat muka bajet dengan semua pingat yang dimenanginya |
Ok, pendapat aku, Carl Lewis ni atau nama sebenar beliau Frederick Carlton Lewis, berasal dari USA dan sememangnya cukup lah legend dalam sukan olahraga ni. Aku tau, sukan Olahraga bukanlah tertakluk pada acara larian sahaja. Tetapi bagi aku, mereka ni antara yang paling ngetop la, sehinggakan orang ramai lebih tertumpu pada acara balapan, yang aku maksudkan 100m, 200m, relay yang sememangnya atlit ni semua berlumba-lumba untuk mencatat rekod baru sama ada dunia mahupun Olimpik. Ok, back to carl, Carl telah pun memenangi 10 pingat olimpik dimana 9 daripadanya ialah pingat emas. WOW ! Gila kentang makhluk ni. Bukan mudah nak dapat sebutir pingat di Olimpik, sedangkan Malaysia pun masih lagi tercari-cari pingat emas pertama, dia ni boleh senang-senang jek dapat 10, 9 emas lagi, haha. itu la hebatnya Carl Lewis ni.
Newbie.
Usain BOLT.
![]() |
Trademark Bolt |
Ni sorang lagi, mamat ni. Fuhh. Beliau bernama Usain st. Leo Bolt. Jejaka tampan yang berkulit hitam manis ini berasal daripada Jamaica, yang sememangnya menjadi lubuk lahirnya antara manusia terpantas dunia. Larian beliau sememangnya cukup pantas sehinggakan beliau mendapat gelaran, 'The Lightning Bolt'.
Tau la nama dia sendiri pun dah menunjukkan kepantasan. Huh ! Beliau juga merupakan manusia pertama memegang rekod dunia dalam kedua-dua acaranya, iaitu 100m dan 200m. Rekod sekarang, dua-dua dia yang pegang, terbaiikkkk punya !! Tapi pada firasat aku, Jamaica sememangnya sudah ada pengganti Bolt, iaitu Yohan Blake, sehinggakan ada orang mengatakan Blake mampu mengatasi Bolt di Sukan Olimpik nanti. Haha, namun tak berjaya juga kerana Bolt yang terlalu 'berkuasa' dan hanya mampu berpuas hati di tempat kedua sahaja. Kalau nak tengok pada pencapaian yang pernah dicapainya, dekat sukan Olimpik Beijing dan London sahaja, beliau sudah membolot kesemua emas dalam acara 100m, 200m, 4 x 100 relay. Seriously, dia ni memang aku tabik betul, susah nak jumpa atlit yang sebegini hebat untuk kali kedua.
RENANG
Veteran.
Mark Spitz
![]() |
Sorang lagi mamat bajet dengan pingat berantaikan besi |
Mark Andrew Spitz atau lebih dikenali dengan nama Mark Spitz merupakan seorang lagi legenda di kolam renang. Beliau pernah memenangi 7 pingat emas dalam sukan Olimpik musim panas 1972. Beliau juga merakamkan rekod dunia yang baru pada kesemua tujuh acara yang disertainya ketika itu, tapi sayang rekodnya sudah dipecahkan Michael Phelps. Perenang dari USA ni bagi aku memang cukup handal. Aku tak berapa nak pandang pungutan pingat emas dia tu, tapi aku pandang rekod dunia yang berjaya dicipta, bukan satu tapi tujuh acara !! Fuhh, bukan calang-calang dia ni.
Newbie.
Michael Phelps
![]() |
Saje jek nak ambil gambar dia yang nerd sikit, hohoho |
Veteran
Marshall Taylor
Seriously, aku pun tak kenal siapa si Marshall Taylor ni, tapi selepas googling, baru la aku tahu, beliau ni pun dulu kira hebat juga dalam lumba basikal ni. Nama panjang beliau ialah Marshall Walter "Major" Taylor. Kalau nak tahu kenapa nama dia tak pernah didengar dan tak disebut-sebut, ini kerana dia lahir pada tahun 1878 dan meninggal dunia pada tahun 1932 pada usia 53 tahun. So, korang mesti dah paham kenapa nama dia tak top langsung dalam sukan berbasikal ni. Dan basikalnya yang digunakan dulu pun tidaklah sehebat basikal sekarang, (tapi at least lagi hebat dari basikal asuh jual sayur tu). Treknya pun, rasanya memang tak wujud pun lagi gelanggang basikal yang dipanggil velodrome. Tapi bukan itu yang kita pandang, kita sepatutnya melihat semangat, kejayaan dan passion beliau sebagai seorang atlit lumba basikal. Beliau juga pernah memenangi kejohanan "World 1 MILE Track Cycling Championship" pada 1899 selepas berjaya memecahkan beberapa rekod dunia. Yang paling mengagumkan, Taylor merupakan orang afrika-amerika pertama yang berjaya memenangi "World Championship" dan merupakan orang kulit hitam kedua seumpamanya di muka bumi ini yang memenangi title tersebut selepas Ahli tinju Canada, George Dixon melakukannya.
Newbie
Chris Hoy
![]() |
Hero sukan berbasikal trek Great Britain |
Sir Christopher Andrew Hoy ini merupakan atlit berbasikal yang mewakili Scotland dan Great Britain. Beliau juga merupakan juara dunia berganda serta memenangi 7 medal Olimpik dimana 6 daripadanya adalah pingat emas. Dan sekarang pada usia 36 tahun, dia telah pun menyumbang 2 pingat emas untuk Great Britain pada Sukan Olimpik 2012 yang terbaru ini, dalam acara keirin dan juga sprint berpasukan. Chris Hoy ni memang layak disanjung atas semua rekod kemenangan yang diperoleh beliau, sememangnya legend dalam basikal trek ni.
BADMINTON
Veteran
Yang Yang
Yang yang dilahirkan pada 9 disember 1963, dan beliau merupakan pemain badminton yang paling legend di China dulu. Jantinanya ialah lelaki. Kenapa mesti aku beritahu ? Ini disebabkan nama dia sendiri pun tidak menunjukkan keperempuanan mahupun kelelakian. Tetapi selepas diselidik, ohh, lelaki rupanya. haha. Gambar Yang pun tak ditemui di Google, hanyalah gambar Kpop gedik yang keluar. ok, back to tthe topic. Yang merupakan satu antara dua pemain badminton dunia yang pernah memenangi dua title dalam Kejohanan Badminton Dunia iaitu pada tahun 1987 dan 1989. orang yang sorang lagi tu, paham-paham jek la siapa (Lin dan). Yang sememangnya terkenal dengan kelicikannya, kepantasannya, kekuasaannya serta mampu menghadapi lawan dengan baik walaupun ketika tu tengah pressure gila.
Newbie
Lin Dan
![]() |
Untung la menang emas T_T |
Makhluk bernama Lin Dan ini sememangnya hebat, dan telah diakui ramai. Sangat sukar hendak menjinakkan dia ni, walaupun dia agak terkenal dengan sikap ego yang tinggi dan suka mencetuskan kontroversi, ish ish ish. Beliau digelar 'SuperDan' oleh peminatnya di serata dunia, walaupun sesetengah penduduk di Malaysia menggelar dia ni sebagai "pondan", tu la. nama nak dan dan lagi, kan dah. haha. ok. Aku rasa tak perlu kot nak menyebutkan kejohanan yang pernah dimenanginya kerana beliau sememangnya telah memenangi banyak gelaran dunia, super series, All England, Asia Badminton Championship(ABC) la bagai, banyak sungguh. Pernah bertunang dengan Xie Xing Fang, seorang lagi pemain badminton China yang legend juga, dah jadi jurulatih dah pun. Namun pertunangan mereka terputus tanpa diketahui sebab musabab yang sebetulnya. Takpe, abaikan aje la.
Aku rasa cukup aku hanya tunjukkan 4 sukan sahaja, tapi kalau nak membanggakan atlit luar tanpa membanggakan atlit sendiri pun tak guna jugak kan ? apa, ingat Malaysia pun takda atlit berbakat ke ? yang mampu mengukir nama dan meletakkan nama Malaysia di pentas dunia. Of course ada. Jom kita tengok !
Dato' Lee Chong wei
![]() |
DLCW ketika remaja. |
Dato' Lee Chong Wei. Ya, seorang atlit yang semakin mendapat tempat di hati para peminat sukan tanah air. Ditambah pula dengan kejayaannya menghadiahkan pingat perak untuk kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik , sekaligus beliau berjaya mengukir nama sebagai atlit Malaysia yang menyumbang dua pingat secara berturut-turut di Olimpik. Ianya pencapaian yang boleh dibanggakan. Walaupun dua kali juga tewas dengan lawan yang sama, peringkat yang sama, kejohanan yang sama. Namun prestasi membanggakan beliau sememangnya menjadi satu titik tolak dan pembakar semangat kepada semua atlit lain untuk mengejar cita-cita Malaysia merangkul pingat emas Olimpik pertama. Walaupun umurnya sudah mencecah angka 30-an, tapi, who cares ?!?? semangat tu yang penting, orang muda pun belum tentu boleh menang, jadi jangan nak mempersoalkan faktor umur.
![]() |
Maxis ambassador dan pembawa Jalur Gemilang Sukan Olimpik 2012 Pandelela Rinong |
Seorang lagi wira negara di Sukan Olimpik London ini. Bukan sahaja berjaya mencatat nama sebagai penyumbang pingat kedua negara di sukan olimpik, tetapi juga berjaya memecah tradisi sukan badminton sebagai penyumbang utama pingat negara di Olimpik. Beliau juga telah mencatat nama sebagai atlit wanita pertama yang menyumbang pingat, sekaligus memecah dominasi kaum lelaki. Sukan terjun sememangnya semakin mendapat tempat dan kita sekarang ni sedang mendaki satu demi satu tangga kejayaan, kalau di'polish' lagi, tidak mustahil kita boleh mendapat emas di Olimpik akan datang.
![]() |
Hero berbasikal trek Malaysia |
Anak muda kelahiran Dungun Terengganu ni sememangnya pantas dan licik dalam sukan berbasikal trek. Kalau tak, macam mana la pulak beliau boleh mendapat jolokan, "The Rocket Pocketman", hanya kerana saiz badannya yang kecil namun mampu bersaing bersama atlit-atlit yang jauh lebih tegap dan besar darinya. Saiz bukan halangan, kehendak tu juga yang penting. Chris Hoy sendiri pun mengakui akan kehebatan Azizul. Apa yang perlu Azizul lakukan sekarang ini, tumpukan perhatian kepada Sukan Komanwel, Sukan Asia dan juga Olimpik Rio De Janeiro.
![]() |
Bakal penyumbang pingat emas pertama negara |
Seorang lagi atlit Malaysia yang ngetop, ranking dunia, kejohanan dunia, apa-apa kejohanan pun, dia yang sapu. Sekarang ni beliau menduduki ranking no. 1 dunia, dan antara atlit-atlit Malaysia yang paling berjaya kerana dominasinya dalam sukan squash belum lagi berjaya ditamatkan mana-mana atlit yang lain. Hebat gilo dia nih, pelik jugak aku menengokkan dia. Rasa sukan squashh memang Malaysia punya pun ada, tak pernah-pernah aku jumpa atlit Malaysia sehebat ini, bukan di dalam Malaysia sahaja, tetapi di persada dunia. Kalau dengar nama dia jek dalam sukan squash ni, mesti orang akan gerun. haha. Tapi sayang seribu kali sayang sukan squash tiada dalam senarai sukan olimpik, dan dengar cerita mereka akan kembali membida untuk 2020 pulak, lama betul, larat ke Nicol nak main nanti ? Tapi kalau katakan squash dah jadi salah satu sukan dekat Olimpik tu, mesti kita dah dapat Baskin Robbins lama dah. haha, tapi ini cerita 'kalau'. Tunggu aje la 2020 nanti.
Ok, sememangnya ramai lagi atlit Malaysia dan dunia yang berbakat, cuma aku tak nak bazirkan masa aku menulis semua tu, ramai sangat yang berbakat. Huh ! Aku cuma berharap yang badan badan persatuan seperti FAM, MOM, KBS dan segala badan badan lain yang berkaitan, harap usaha lebih kerana seperti suatu pembaziran pula disebabkan di Malaysia, ramai atlit-atlit yang berbakat, cuma perlu dicungkil dan di'polish' sahaja bakat mereka tu. Kalau kena caranya, tidak mustahil Malaysia pun boleh menjadi kuasa besar sukan dunia, macam mana yang dikecapi China sekarang ni. Sekian sahaja entri kali ni, Assalamualaikum. TERIMAKASIH KERANA SUDI MEMBACA.
No comments:
Post a Comment