Friday, August 10, 2012

Legenda Olimpik dahulu Vs. Legenda Olimpik baru

Assalamualaikum semua.

                       

Haa, sekarang ni aku sememangnya tengah dalam mood nak 'ber olimpik' nih, tu sebab aku cerita lagi entri berkaitan olimpik selepas kisah pengaruh Freemason dan Illuminati di Sukan Olimpik London 2012. Tambahan pula, Malaysia telah berjaya menambah satu lagi koleksi pingat di Sukan Olimpik menerusi acara Terjun platform 10M individu wanita, sape lagi kan kalau bukan Pandalela Rinong. Syabas aku ucapkan kepada Ratu Terjun negara ni. Tapi, bukan itu yang akan aku kopek atau kupaskan pada entri kali ini, secara tak semena-mena jugak aku rasa aku berminat betul nak tulis tentang abang-abang, kakak-kakak legend dekat Olimpik ni, dari dulu sampai la sekarang.

OK, aku malas nak cerita panjang-panjang. Jom kita tengok sesatu apa yang ada pada legend-legend ni semua, dan juga rekod masa lampau mereka, CHEKIDAUTT !!

OLAHRAGA

Veteran.
Carl Lewis

Buat muka bajet dengan semua pingat yang dimenanginya
       
                                                                                           
Ok, pendapat aku, Carl Lewis ni atau nama sebenar beliau Frederick Carlton Lewis, berasal dari USA dan sememangnya cukup lah legend dalam sukan olahraga ni. Aku tau, sukan Olahraga bukanlah tertakluk pada acara larian sahaja. Tetapi bagi aku, mereka ni antara yang paling ngetop la, sehinggakan orang ramai lebih tertumpu pada acara balapan, yang aku maksudkan 100m, 200m, relay yang sememangnya atlit ni semua berlumba-lumba untuk mencatat rekod baru sama ada dunia mahupun Olimpik. Ok, back to carl, Carl telah pun memenangi 10 pingat olimpik dimana 9 daripadanya ialah pingat emas. WOW ! Gila kentang makhluk ni. Bukan mudah nak dapat sebutir pingat di Olimpik, sedangkan Malaysia pun masih lagi tercari-cari pingat emas pertama, dia ni boleh senang-senang jek dapat 10, 9 emas lagi, haha. itu la hebatnya Carl Lewis ni.


Newbie.
Usain BOLT.

Trademark Bolt

                                           
Ni sorang lagi, mamat ni. Fuhh. Beliau bernama Usain st. Leo Bolt. Jejaka tampan yang berkulit hitam manis ini berasal daripada Jamaica, yang sememangnya menjadi lubuk lahirnya antara manusia terpantas dunia. Larian beliau sememangnya cukup pantas sehinggakan beliau mendapat gelaran, 'The Lightning Bolt'.
Tau la nama dia sendiri pun dah menunjukkan kepantasan. Huh ! Beliau juga merupakan manusia pertama memegang rekod dunia dalam kedua-dua acaranya, iaitu 100m dan 200m. Rekod sekarang, dua-dua dia yang pegang, terbaiikkkk punya !! Tapi pada firasat aku, Jamaica sememangnya sudah ada pengganti Bolt, iaitu Yohan Blake, sehinggakan ada orang mengatakan Blake mampu mengatasi Bolt di Sukan Olimpik nanti. Haha, namun tak berjaya juga kerana Bolt yang terlalu 'berkuasa' dan hanya mampu berpuas hati di tempat kedua sahaja. Kalau nak tengok pada pencapaian yang pernah dicapainya, dekat sukan Olimpik Beijing dan London sahaja, beliau sudah membolot kesemua emas dalam acara 100m, 200m, 4 x 100 relay. Seriously, dia ni memang aku tabik betul, susah nak jumpa atlit yang sebegini hebat untuk kali kedua.

RENANG
Veteran.
Mark Spitz


Sorang lagi mamat bajet dengan pingat berantaikan besi
                               

Mark Andrew Spitz atau lebih dikenali dengan nama Mark Spitz merupakan seorang lagi legenda di kolam renang. Beliau pernah memenangi 7 pingat emas dalam sukan Olimpik musim panas 1972. Beliau juga merakamkan rekod dunia yang baru pada kesemua tujuh acara yang disertainya ketika itu, tapi sayang rekodnya sudah dipecahkan Michael Phelps. Perenang dari USA ni bagi aku memang cukup handal. Aku tak berapa nak pandang pungutan pingat emas dia tu, tapi aku pandang rekod dunia yang berjaya dicipta, bukan satu tapi tujuh acara !! Fuhh, bukan calang-calang dia ni.


Newbie.
Michael Phelps

Saje jek nak ambil gambar dia yang nerd sikit, hohoho

                                               
Sejujurnya, kalau nak dinilaikan dari muka dia sahaja, memang aku tak yakin dan tak percaya dengan performance dia di Sukan Olimpik Beijing aritu. Michael Fred Phelps II ni dah membuatkan aku menerima frasa, 'dont judge a book by its cover'. Haha. Sekarang ni jek, dia dah kumpul 22 pingat dari Sukan Olimpik, emas pulak 17 daripada 22. Serius tak boleh blah. Ada ke patut, aku rasa kat rumah dia ni dah melambak dah pingat,piala bagai sampai tak tahu nak letak kat mana. Dengan rekod dunianya lagi, gila betul mamat nih, haha. Kalau Mark Spitz ada menyumbang 7 pingat emas untuk USA, Phelps pula menyumbang pingat yang lebih sikit untuk USA, iaitu 8 emas. Hebat kan ? Aku memang salute dengan semua atlit-atlit sukan yang hebat-hebat nih, tahap disiplin diorang pun mesti tinggi ni.

BASIKAL TREK

Veteran
Marshall Taylor
                                           
Seriously, aku pun tak kenal siapa si Marshall Taylor ni, tapi selepas googling, baru la aku tahu, beliau ni pun dulu kira hebat juga dalam lumba basikal ni. Nama panjang beliau ialah Marshall Walter "Major" Taylor. Kalau nak tahu kenapa nama dia tak pernah didengar dan tak disebut-sebut, ini kerana dia lahir pada tahun 1878 dan meninggal dunia pada tahun 1932 pada usia 53 tahun. So, korang mesti dah paham kenapa nama dia tak top langsung dalam sukan berbasikal ni. Dan basikalnya yang digunakan dulu pun tidaklah sehebat basikal sekarang, (tapi at least lagi hebat dari basikal asuh jual sayur tu). Treknya pun, rasanya memang tak wujud pun lagi gelanggang basikal yang dipanggil velodrome. Tapi bukan itu yang kita pandang, kita sepatutnya melihat semangat, kejayaan dan passion beliau sebagai seorang atlit lumba basikal. Beliau juga pernah memenangi kejohanan "World 1 MILE Track Cycling Championship" pada 1899 selepas berjaya memecahkan beberapa rekod dunia. Yang paling mengagumkan, Taylor merupakan orang afrika-amerika pertama yang berjaya memenangi "World Championship" dan merupakan orang kulit hitam kedua seumpamanya di muka bumi ini yang    memenangi title tersebut selepas Ahli tinju Canada, George Dixon melakukannya.
Newbie
Chris Hoy

Hero sukan berbasikal trek Great Britain

Sir Christopher Andrew Hoy ini merupakan atlit berbasikal yang mewakili Scotland dan Great Britain. Beliau juga merupakan juara dunia berganda serta memenangi 7 medal Olimpik dimana 6 daripadanya adalah pingat emas. Dan sekarang pada usia 36 tahun, dia telah pun menyumbang 2 pingat emas untuk Great Britain pada Sukan Olimpik 2012 yang terbaru ini, dalam acara keirin dan juga sprint berpasukan. Chris Hoy ni memang layak disanjung atas semua rekod kemenangan yang diperoleh beliau, sememangnya legend dalam basikal trek ni.


BADMINTON

Veteran
Yang Yang

Yang yang dilahirkan pada 9 disember 1963, dan beliau merupakan pemain badminton yang paling legend di China dulu. Jantinanya ialah lelaki. Kenapa mesti aku beritahu ? Ini disebabkan nama dia sendiri pun tidak menunjukkan keperempuanan mahupun kelelakian. Tetapi selepas diselidik, ohh, lelaki rupanya. haha. Gambar Yang pun tak ditemui di Google, hanyalah gambar Kpop gedik yang keluar. ok, back to tthe topic. Yang merupakan satu antara dua pemain badminton dunia yang pernah memenangi dua title dalam Kejohanan Badminton Dunia iaitu pada tahun 1987 dan 1989. orang yang sorang lagi tu, paham-paham jek la siapa (Lin dan). Yang sememangnya terkenal dengan kelicikannya, kepantasannya, kekuasaannya serta mampu menghadapi lawan dengan baik walaupun ketika tu tengah pressure gila.


Newbie
Lin Dan
Untung la menang emas T_T


Makhluk bernama Lin Dan ini sememangnya hebat, dan telah diakui ramai. Sangat sukar hendak menjinakkan dia ni, walaupun dia agak terkenal dengan sikap ego yang tinggi dan suka mencetuskan kontroversi, ish ish ish. Beliau digelar 'SuperDan' oleh peminatnya di serata dunia, walaupun sesetengah penduduk di Malaysia menggelar dia ni sebagai "pondan", tu la. nama nak dan dan lagi, kan dah. haha. ok. Aku rasa tak perlu kot nak menyebutkan kejohanan yang pernah dimenanginya kerana beliau sememangnya telah memenangi banyak gelaran dunia, super series, All England, Asia Badminton Championship(ABC) la bagai, banyak sungguh. Pernah bertunang dengan Xie Xing Fang, seorang lagi pemain badminton China yang legend juga, dah jadi jurulatih dah pun. Namun pertunangan mereka terputus tanpa diketahui sebab musabab yang sebetulnya. Takpe, abaikan aje la.


Aku rasa cukup aku hanya tunjukkan 4 sukan sahaja, tapi kalau nak membanggakan atlit luar tanpa membanggakan atlit sendiri pun tak guna jugak kan ? apa, ingat Malaysia pun takda atlit berbakat ke ? yang mampu mengukir nama dan meletakkan nama Malaysia di pentas dunia. Of course ada. Jom kita tengok !


Dato' Lee Chong wei
DLCW ketika remaja.

Dato' Lee Chong Wei. Ya, seorang atlit yang semakin mendapat tempat di hati para peminat sukan tanah air.  Ditambah pula dengan kejayaannya menghadiahkan pingat perak untuk kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik , sekaligus beliau berjaya mengukir nama sebagai atlit Malaysia yang menyumbang dua pingat secara berturut-turut di Olimpik. Ianya pencapaian yang boleh dibanggakan. Walaupun dua kali juga tewas dengan lawan yang sama, peringkat yang sama, kejohanan yang sama. Namun prestasi membanggakan beliau sememangnya menjadi satu titik tolak dan pembakar semangat kepada semua atlit lain untuk mengejar cita-cita Malaysia merangkul pingat emas Olimpik pertama. Walaupun umurnya sudah mencecah angka 30-an, tapi, who cares ?!?? semangat tu yang penting, orang muda pun belum tentu boleh menang, jadi jangan nak mempersoalkan faktor umur.

Maxis ambassador dan pembawa Jalur Gemilang Sukan Olimpik 2012
Pandelela Rinong
Pandelela Rinong

Seorang lagi wira negara di Sukan Olimpik London ini. Bukan sahaja berjaya mencatat nama sebagai penyumbang pingat kedua negara di sukan olimpik, tetapi juga berjaya memecah tradisi sukan badminton sebagai penyumbang utama pingat negara di Olimpik. Beliau juga telah mencatat nama sebagai atlit wanita pertama yang menyumbang pingat, sekaligus memecah dominasi kaum lelaki. Sukan terjun sememangnya semakin mendapat tempat dan kita sekarang ni sedang mendaki satu demi satu tangga kejayaan, kalau di'polish' lagi, tidak mustahil kita boleh mendapat emas di Olimpik akan datang.


Hero berbasikal trek Malaysia
Azizulhasni Awang

Anak muda kelahiran Dungun Terengganu ni sememangnya pantas dan licik dalam sukan berbasikal trek. Kalau tak, macam mana la pulak beliau boleh mendapat jolokan, "The Rocket Pocketman", hanya kerana saiz badannya yang kecil namun mampu bersaing bersama atlit-atlit yang jauh lebih tegap dan besar darinya. Saiz bukan halangan, kehendak tu juga yang penting. Chris Hoy sendiri pun mengakui akan kehebatan Azizul. Apa yang perlu Azizul lakukan sekarang ini, tumpukan perhatian kepada Sukan Komanwel, Sukan Asia dan juga Olimpik Rio De Janeiro.


Bakal penyumbang pingat emas pertama negara
Nicol Ann David

Seorang lagi atlit Malaysia yang ngetop, ranking dunia, kejohanan dunia, apa-apa kejohanan pun, dia yang sapu. Sekarang ni beliau menduduki ranking no. 1 dunia, dan antara atlit-atlit Malaysia yang paling berjaya kerana dominasinya dalam sukan squash belum lagi berjaya ditamatkan mana-mana atlit yang lain. Hebat gilo dia nih, pelik jugak aku menengokkan dia. Rasa sukan squashh memang Malaysia punya pun ada, tak pernah-pernah aku jumpa atlit Malaysia sehebat ini, bukan di dalam Malaysia sahaja, tetapi di persada dunia. Kalau dengar nama dia jek dalam sukan squash ni, mesti orang akan gerun. haha. Tapi sayang seribu kali sayang sukan squash tiada dalam senarai sukan olimpik, dan dengar cerita mereka akan kembali membida untuk 2020 pulak, lama betul, larat ke Nicol nak main nanti ? Tapi kalau katakan squash dah jadi salah satu sukan dekat Olimpik tu, mesti kita dah dapat Baskin Robbins lama dah. haha, tapi ini cerita 'kalau'. Tunggu aje la 2020 nanti.


Ok, sememangnya ramai lagi atlit Malaysia dan dunia yang berbakat, cuma aku tak nak bazirkan masa aku menulis semua tu, ramai sangat yang berbakat. Huh ! Aku cuma berharap yang badan badan persatuan seperti FAM, MOM, KBS dan segala badan badan lain yang berkaitan, harap usaha lebih kerana seperti suatu pembaziran pula disebabkan di Malaysia, ramai atlit-atlit yang berbakat, cuma perlu dicungkil dan di'polish' sahaja bakat mereka tu. Kalau kena caranya, tidak mustahil Malaysia pun boleh menjadi kuasa besar sukan dunia, macam mana yang dikecapi China sekarang ni.  Sekian sahaja entri kali ni, Assalamualaikum. TERIMAKASIH KERANA SUDI MEMBACA.





Tuesday, August 7, 2012

6 SIRI KRONOLOGI 'SERANGAN' FREEMASON DAN ILLUMINATI DI OLIMPIK LONDON 2012

                                                               
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Fuhh, akhirnya, lepas juga aku mengupdate satu entri ni. Bukan apa, kegiatan yang ada kat sekolah tu dah cukup banyak dan sibuk membuatkan aku berasa seperti Perdana Menteri yang sibuk menguruskan hal ehwal kerajaan. Haa, Nampak permainan dia. Ok. Dalam kesempatan ini juga aku nak ucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pembaca dan umat islam. Semoga ramadhan kali ini akan mendatangkan seribu keberkatan kepada kehidupan kita hendaknya, insyaallah. Kebetulan juga, dalam bulan ramadhan ni lah Sukan Olimpik 2012 berlangsung, dan memilih London sebagai tuan rumah edisi kali ini. Fuhh, sambutan yang diadakan serta publisiti yang dibuat oleh pihak media di sana sememangnya sangat menggalakkan. Aku sendiri pun tengok iklan yang ada kat TV berkenaan sukan olimpik ini, pun aku dah rasa teruja dan tak sabar menanti detik permulaan sukan olimpik.

Tapi, seperti biasa. Anjuran sukan-sukan besar sememangnya akan mengundang kontroversi. Sebagai contoh, Piala Dunia 2010 juga boleh dikatakan kontroversi disebabkan pada mulanya, ramai pihak menganggap kegagalan Afrika Selatan menyiapkan segala kemudahan dan prasarana di sana untuk para pemain bola ini mengikut jadual. Tapi kita lihat, setelah habis penganjuran Piala Dunia edisi kali ini, Afrika Selatan telah diiktiraf sebagai edisi Piala Dunia terbaik yang pernah dianjurkan di dalam sejarah Piala Dunia. Syabas untuk itu. Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan disini. Tentang acara pembukaan Sukan Olimpik London 2012, sememangnya timbul ura-ura dan kontroversi akan pembabitan dajal, Freemason, dan iluminati sehinggakan wujudnya pendapat mengatakan menara Big Ben yang terletak cantik di London akan diletupkan, semuanya semata-mata kerana sesetengah pihak mengamalkan ajaran Freemason dan Illuminati yang terlampau taksub dengan 'card game' mereka.

Memang banyak perkara yang terjadi di acara pembukaan Sukan Olimpik itu dikaitkan dengan isu ini. Ini yang akan aku kupaskan satu demi satu mengikut logik akal, dan bukan berdasarkan fakta semata-mata


1.MEDAL SUKAN OLIMPIK LONDON 2012.

Perkara pertama yang aku nak sentuh, ialah  berkaitan medal atau pingat sukan Olimpik itu sendiri. Sememangnya semua temasya sukan ada menyediakan pingat, dan rupa pingat itu sendiri juga memainkan peranan. Bagi sukan Olimpik London 2012, macam ni rupa pingatnya.
 Apa yang kita nampak hanyalah gambar sorang tuhan Greek. Tetapi dikatakan disebalik gambar tuhan Greek itu, terdapat gambar 'owl' dimana terletak pada bahagian paha kanan Tuhan Greek tersebut. Dan juga diperkatakan simbol 'owl' itu membawa maksud 'the end of something'. Ya.

                                 
Klik gambar untuk pembesaran.
                                                         
Jika hanya dilihat pada gambar ini sahaja, kita tak dapat gambaran jelas tentang 'owl' yang diperkatakan itu, jadi aku menitipkan satu link video dari sumber yang aku dapat.

http://www.youtube.com/watch?v=O0QvsQ5IqwU

Dalam video ini juga mengatakan terdapat 'vishnu conch shell' yang aku sendiri pun tak pasti apa fungsi atau apa sebenarnya conch shell tersebut, aku hanya dapat memastikan conch shell itu ada berkaitan dengan fahaman hindu. conch shell yang diperkatakan itu terletak pada belakang Tuhan Greek tersebut, iaitu yang dipegang di tangan kiri itu, apa yang dapat aku pastikan bahawa conch shell yang diperkatakan itu sememangnya lebih kepada bentuk kain. Ya, bukan kah kalau kita lihat pada patung-patung Greek yang lain, memang terdapat kain yang diliit pada badan mereka. Yelah, dulu mana la ada penciptaan baju, seluar ni semua, haa, nampak permainan dia kat situ ? semuanya ada dijelaskan di dalam video tersebut dan aku tak percaya 100% apa yang diterangkan oleh orang tu.Haha, ok. kita lihat pada penemuan seterusnya.


2.REKAAN LAMPU STADIUM OLIMPIK.

Stadium Olimpik yang berada di London sekarang ni, sejujurnya aku mengaku memang la tak secantik Stadium "Bird's Nest " di Beijing. Tapi tak perlu la menambah lagi kehodohan dengan lampu tersebut. Secara tak semena-mena jek ada bentuk segi tiga kat bumbung stadium tersebut. Tapi bukan soal rupa yang nak dibangkitkan, soal bentuk lampu tersebut yang perlu dibangkitkan !!! Sesetengah puak ni terlalu taksub sampai mengatakan lampu tu merupakan lambang FREEMASON. Memang la lambang Freemason ni bentuknya segitiga, tapi jangan la lampu tak bersalah ni jugak yang dituduh berunsurkan Freemason. Kenapa tak kata jangka lukis yang selalu kita gunakan tu freemason ? lagi sebijik bentuknya dari bentuk lampu ni. Samosa pun tak de sape ungkit, haha, tau la makanan. Potongan pizza pun segi tiga jugak, tapi tak pernah orang sebut tentang freemason. Kenapa mesti lampu ??!? kenapa ???

Lampunya yang berbentuk segi tiga, puihh
                                     

3.'CARD GAMES'

Card game ini dicipta oleh Steven Jackson, seorang pengamal illuminati juga. Apa yang menyebabkan card ini top, hanya disebabkan 'ramalan' kononnya tepat,likat dan melekat sekali. Nak dijadikan contoh, kad gambar pentagon terbakar ni, tak tau la dibom ke hape.

                                                 

Tak cukup dengan tu, ditambah pulak dengan kad menunjukkan penyakit selsema berjangkit (selsema burung, selsema babi ), kad menunjukkan tumpahan minyak, dan kad yang paling menarik hati aku, ialah kad menunjukkan 5 orang yang kebetulan memakai baju kuning, hijau, biru, hitam dan merah. Dan secara kebetulan warna baju yang mereka pakai itu mewakili warna simbolik olympic rings.Dan juga menara Big Ben yang runtuh. Haa, itu yang menampilkan kontroversi sekarang ni.    


                     


Untuk pengetahuan semua, kebanyakan logo illuminati banyak menggunakan warna kuning, hijau, merah, biru, putih, dan hitam. Katanya setiap satu warna ini membawa maksud yang tersendiri.

Kuning           = Earth
Putih              = Metal
Biru & Hitam = Water
Hijau             = Wood
Merah           = Fire

Bagi aku, bab yang menara Big Ben akan runtuh tu, benda tu tak akan terjadi selagi orang tak taksub terhadap card game ni. Seandainya terjadi sekalipun, dan dakwaan ramalan 100,000 orang akan mati di Sukan Olimpik London tu betul-betul terjadi, jelas sekali ianya kebetulan dan sudah jelas dirancang. Taksub sangat sampai tetap nak buktikan ramalan card game tu benar. Bagusss.

Yang bab kad yang ada 5 orang berpakaian baju dengan warna pada gelang olimpik tu, aku rasa itu satu lagi contoh idea bodoh mengatakan warna baju mereka kononnya kebetulan sama dengan lambang olimpik ring nih.

Kad yang paling ngetop sekarang ni, berkaitan pengeboman di  Olimpik 2012
                                   

Apa komen aku tentang kaitan disaster yang diorang kaitkan tuh dengan olimpik ? Seriously bullshit. -.-'. Itu komen aku. Maksud aku, Card game itu dicipta pada tahun 1990-1995 dan dipercayai pada tahun 1994. Manakala lambang moden olympic rings itu pulak sudah mula di 'design' kan pada 1912. Nampak tak betapa jauhnya beza tahun ? Nampak sangat la dirancang. Aku tak akan menafikan kesahihan card game ini SEANDAINYA jika card tersebut dicipta sebelum Olympic rings tadi dicipta.

4.MASKOT RASMI SUKAN OLIMPIK



Maskot rasmi Sukan Olimpik 2012
                                       
Haa, ni satu lagi, aku sedar maskot kali ni hodoh, hina, bermata besar, takde leher, puihh. Tapi tak bermakna seteruk-teruk maskot ni adalah dajjal. Ada ke patut timbul ura-ura mengatakan maskot ni adalah jelmaan Dajjal Al masih. ASTAGHFIRULLAHALAZHIM. Seriously, aku berpendapat jelmaan dajjal yang sebenar itu lebih ngeri, lebih menakutkan dan lebih lebih lebih lebih ... semua yang teruk la senang cerita. Ada ke pulak maskot ni happy-happy ngan atlit, lepas tu hanya maskot ( patung dan orang di dalam) dipanggil dajjal. Maskot tu aku rasa tak seteruk Dajjal la. Hanya kerana maskot tuh bermata satu, patutkah dia dipanggil dajjal ? Bagaimana pula dengan seorang atok yang dibedah mata, dan tinggal satu mata jek ? Asal tak timbul pula kata yang atok ni seorang dajal ke ? satu mata jugak kan ? Dekat situ kita dah boleh nampak pemikiran orang ramai, begitu sempit tanpa mencari jawapan kepada perkara sebenar, hanya menjadi pak turut dan meng ia kan apa yang mereka dengar. Dari situ juga kita boleh sedar bahawa bukan kepercayaan sahaja yang membezakan kita dengan puak ni, tapi 'mind set' juga. Nasihat aku, berhenti menyebarkan benda-benda yang macam haremm dan mengarut, boleh tak ? Dajjal itu kan pasti. Apa yang nak dok sibuk-sibuk sangat pasal maskot tu, sedangkan kita boleh gunakan masa untuk bermunajat kepada allah dam mempersiapkan diri dengan tipu helah dajjal. Fikir-fikir kan.


5.KAITAN NABI MUSA A.S PADA ACARA PEMBUKAAN SUKAN OLIMPIK


Antara babak dalam Upacara pembukaan Sukan Olimpik
Ni satu lagi, aku tak nampak apa-apa sebab kenapa mesti dia pilih nabi musa. Topik yang ini tak berapa nak freemason sangat. Tapi aku masukkan juga kerana nak memperbetulkan keadaan di mana silapnya diorang nih. OK. Maklumat mengatakan bahawa ramai orang percaya bahawa gambar dibawah ialah gambar nabi Musa A.S. Yang bayi itu gambar ketika Musa A.S sedang dihanyutkan di Sungai Nil katanya. Dan yang lagi satu tu gambar nabi Musa dengan tongkat saktinya. Ok, apa yang aku nak cakap. Once again, jangan tunjukkan perangai bullshit anda di khalayak ramai. Aku tahu yang wujudkan kisah ni sememangnya orang islam, dan sebenarnya korang dah pun memperbodohkan diri korang di hadapan orang kafir semua. Aku kat sini bukan nak menangkan orang kafir, atau nak menangkan sukan Olimpik ni, tidak sama sekali. Tapi sebenarnya, bukan ke kita sepatutnya lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu, buat sedikit kajian terlebih dahulu. Jika di tnya, Kita mengaku yang kita sayangkan Nabi Musa, cintakan Nabi Musa, Mengaku Baginda sebagai Nabi Allah, tapi macam tu ke kita nak tunjukkan semua perasaan kita kat Nabi musa. Dengan cara menabur fitnah dengan menggunakan nama baginda ?



Agak korang sedar ke tak, benda yang berpakaian serba hitam, dengan tongkat saktinya itu merupakan Voldermort seperti dalam watak Harry Potter, antara karya teragung Made In Britain. Dan bayi itu adalah Harry ketika dia masih bayi. Dan apa kena mengena pulak dengan nabi musa ? Ya, memang betul nabi Musa itu punya tongkat yang dianugerahkan allah kesaktiannya, tapi ingat tak kisah dimana Nabi Musa menghentakkan tongkat baginda ke tanah, lalu bertukar lah tongkat baginda  menjadi ular gergasi. Apa yang aku nak tanya ialah, kalau betul itu adalah nabi musa, sebutkan aku cara nak menghentakkan tongkat sekecik itu ke tanah. Haa, tak boleh kan ? tak kan la sampai nak mencangkung pulak. Apa masalahnya ialah kita ni selalu saja berfikiran negatif terhadap sesuatu perkara. Ingat, berfikiran negatif itu la yang datangnya perasaan yang bukan-bukan, taksub yang akhirnya memakan diri.
Kalau nak tahu, cer try baca komen yang ada dekat gambar dekat link ni. Ada orang bukan islam yang mengutuk islam kerana perkara inilah . Fikir-fikirkan .

.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=463190957032498&set=a.162370323781231.35512.144555412229389&type=1&theater



 6.2012-ZION



  Haa, ini isu paling hangat dalam Olimpik kali ini. Soal angka olimpik 2012 yang kalau diputar belitkan  diterbalik-balik kan, akan dapat perkataan 'ZION'. Hahahaha. Yang paling aku cirap tu, kenapa mesti diterbalik-balik kan. Bagi sesiapa yang masih tidak mengerti, ini equationnya.

2012 = ZOIZ
ZOIZ = ZIOZ

Diterbalikkan 'z' belakang.

ZIOZ = ZOIN 

ZOIN = ZIONIS 
Ok, aku nak tanya. Kenapa mesti diterbalik balik kan. ? Untuk nampak lebih suspens ke ? Untuk menyorokkan ada maksud-maksud tersembunyi dan suruh kita temui sendiri macam dalam Indiana Jones dan National Treasure ke ? haha. Itu persoalannya sekarang ni. Kalau perkataan lain yang digunakan, boleh la diterima akal sikit. Ini "2012" yang digunakan. Aku nak tanya, puak Illuminati dan Freemason ni habiskan berapa banyak masa mengira dari tahun ke tahun nak kena kat Olimpik pada tahun 2012 ? Come on la, ni bukannya cerita kanak-kanak, nak buat bodoh-bodoh jek. Dah tentu la acara sukan Olimpik ni memang  diadakan dan dilangsungkan 4 tahun sekali. Dan telah jatuh pada tahun '2012'. Dan aku berani jamin, kalau jatuh pada tahun 2011 sekalipun, atau 2013, mesti akan ada agenda yang diorang nak selitkan unsur-unsur freemason dan illuminati. Tak kan diorang sanggup kira satu satu tahunnya sampai dapat 2012. Aku rasa pun Olympic Games ni pun dah start sebelum Freemason wujud lagi. Mengikut catatan sejarah, Olimpik sudah bermula pada tahun 776 BC lagi. so, sekali lagi, JUST THINK ABOUT IT !!


Secara kesimpulannya, aku rasa kita sepatutnya buka minda kita sikit, BE OPEN MINDED. Tak lah kita dipandang serong oleh orang kafir, orang barat sana tu. Sebenarnya, memang banyak lagi contoh-contoh dan segala tohmahan kosong yang dilemparkan kepada Sukan Olimpik berkaitan Freemason. Apa yang aku sentuh kali ni hanyalah yang utama dan paling ngetop je. haha. By the way, aku bersyukur dapat juga kesempatan nak menulis entri tentang topik yang dah lama aku rasa nak tulis, dah lama rasanya terbuku di hati. Hahaha, walaubagaimanapun, aku minta maaf jika ada antara kandungan entri ini yang tersalah fakta, tak matang atau apa sahaja lah. OK. Terima Kasih kerana sanggup membaca. PLEASE LEAVE A COMMENT. ^_^
                                   




Thursday, May 31, 2012

Berkawan sebagai seorang Kawan.


Sebut sahaja pasal kawan, memang kebanyakan orang mesti fikir tentang kebaikan berkawan, seronok bila ada kawan yang ramai,bla bla.. Tapi pernah tak diorang terfikir… Boleh ke diorang ni hidup tanpa kawan di sisi, ataupun ada kawan tapi rupa macam tak ada… apa fungsi kawan tu sebenarnya ea ?? Kalau tanya soalan ni mesti orang ramai akan jawab  “ala, kawan ni kalau hilang sorang, beribu lagi yang datang..”Tapi macam aku cakap, boleh ke diorang ni hidup tanpa kawan yang betul-betul berguna..seriously, memang susah nak cari kawan yang betul-betul berguna sekarang ni..Lagi-lagi dalam dunia moden ni,era teknologi lagi..Silap hari bulan memang la kita di’perkena’kan  oleh kawan kita ni..Bila dah terkena camni, baru la nak memaki hamun, menyesal bagai..

Aku bukan la berniat nak tulis entri ni pasal aku baru terkena dengan kawan aku sendiri, walaupun kekadang tu memang ada terkena jugaklah, tapi perjalanan hidup aku sendiri masih panjang.. Apa- apa pun yang berlaku , aku cuma ingat satu jek..Pengalaman memang mengajar kita erti kehidupan..OK..Berbalik kepada macam mana aku boleh dapat idea nak tulis entri pasal kawan ni, pada suatu petang aku baru jek bangun dari membuta(-.-‘), tak tahu entah macam mana,tetiba aku dapat satu ilham nak buat satu blog dan hasilkan satu entri tentang kawan.. Tetiba aku tersedar akan apa function kawan ni yang sebenarnya.. Dan secara tak semena-mena, aku teringat akan peristiwa kawan aku yang sorang nie..
Nak dijadikan cerita, aku ada 2 orang kawan karib, dikenali sebagai si A dan si B(bukan nama sebenar) jek la ye..Aku dah berkawan dengan diorang nie sejak dari aku Form 1 lagi, dan sekarang aku Form 4 means kitorang dah berkawan selama 4 tahun..Dan selama 4 tahun ni kitorang berkawan tak pernah-pernah kitorang bergaduh..Walaupun kekadang tu kitorang pun mungkin ada la gak perasaan jengkel atau dendam kat diri masing-masing, apatah lagi berselisih pendapat, tu lagi la dah biasa.. Tapi perasaan tu cepat jek hilang pasal setiap dari kitorang bertiga ni dah macam ada sifat-sifat `neutralizer’ kononnya.Haha. Tapi itu memang true story, memang perasaan marah tu cepat hilang. Hari ni marah, esok memang dah rasa ok macam tiada apa pun yang berlaku hari semalamnya. Punyalah akrab nye kitorang ni sampai misal kata cikgu ada berikan satu task yang perlu dibuat dalam group, muka yg sama,yakni  tiga org ni mesti menempel dalam satu group yang sama..

Pastu boleh pulak ada mulut-mulut puaka yang memang layak kalau aku sumbatkan  1kg C4 ke dalam mulutnya, yang mengatakan kitorang ni, gay?!??? Wadafak. Kira untung aku tak panggil diorang ni ************.. WHAT THE FUUUUU!!  Tapi kitorang sebagai  laki-laki yang gentle(ehem), abaikan semua tohmahan kosong tu. Buat bodoh jek sampai mulut-mulut tu semua diam sendiri. Nak buat apa dengar cakap orang. Tapi bukan itu klimaks yang aku nak ceritakan dalam topik ni. Tapi nak beritahu yang salah seorang dari kitorang ni, let says si B ni ada menghidapi penyakit kronik.True story. Tak perlu la aku nak beritahu penyakit apa yang dimaksudkan tu. Asalkan korang paham, si B ni ada satu penyakit kronik yang memang dihidapinya sejak dari kecil lagi. Hell yeah!!  Tapi si B ni boleh bertahan hidup sampai la sekarang. Selalunya penghidap penyakit yang cenggini memang doktor dah boleh target dah jangka hayat hidup diorang ni. Sedangkan kawan aku ni, dia boleh bertahan sampai la sekarang. Serius cool. Aku ingat masa kitorang baru nak start berkawan, macam –macam kot dia ngadu, sini sakit.. sana sakit.. Tapi tu la, Aku memang dah lama syak dia ni ada satu penyakit yang mungkin kronik. Tapi  dia tak pernah beritahu kitorang sampai la satu kali tu dia ada beritahu kitorang, yang dia ni ada penyakit __________.(perlu dirahsiakan)..

 Hari tu memang aku rasa percaya dan aku rasa aku perlu lakukan sesuatu, dan berkat hasil usaha kitorang ni, dia memang dah takda dah nak ngadu sakit, still ada tapi tak sekerap dulu..aku bukan buat sesuatu macam bedah dia ke macam bedah katak,tidak sama sekali. Tapi aku dan si A buat something yang mungkin boleh gembirakan lagi hidup dia, kasi dia semangat, bantu dia kat macam-macam benda. Dalam kitorang bantu dia macam-macam , kitorang bukan  setakat bantu dia sahaja, tapi kitorang seolah-olah mendidik dia macam mana nak survive masalah-masalah yg macam ni..kitorang bantu si B ni bina balik semangat dia.. Dan yang paling aku jengkel sekali, kitorang banyak bantu dia dalam pelajaran, sehingga sekarang ni dia selalu dapat markah exam yg lagi tinggi dari aku. Apa seyh (-.-).  Sampai la sekarang ni, aku memang dah tak dengar lagi cerita pasal penyakit dia tu. Tak tahu apa kesudahannya. Aku Cuma berharap dia dah sembuh. Haha ^ ^


Dan sekarang ni apa yg aku nak simpulkan, ialah walau seramai mana pun kawan yang kita miliki, tapi kalau takda kawan yang nak menyupport kawan sendiri, its useless. Aku bukan sekadar berceloteh panjang kat sini sekadar nak beritahu pengorbanan aku dan si A tadi ke atas si B ni, tapi aku nak bincangkan sendiri pasal apa sebenarnya  function kawan..All of this, is my own opinion..Maybe orang akan tengok bahawa pendapat aku ni memang terdapat sedikit low atau terserlah ketidakmatangannya oleh senior blogger. Aku cuma meluahkan apa yang aku rasa dari lubuk hati aku sendiri. Macam mana seorang kawan patut membantu kawan yang lain dalam menyelesaikan masalah, dan macam mana kita boleh bimbing diorang yang bermasalah ni sendiri keluar dari kepompong masalah yang diorang hadapi sekarang ni, just remember this words “ Friend in need is a friends indeeds”. Ayatnya simple jek, tapi membawa makna yang tersangatlah besar. Terharu aku (tu tipu).  Last word,for me berkawan tanpa pengorbanan itu sememangnya ibarat tengok cerita Spongebob tanpa Patrick, tengok The Avengers tanpa Ironman, tengok Super Spontan tanpa Johan dan Zizan. Cerita tu akan still berjalan seperti biasa, tapi kita takkan ada rasa seronok , rasa macam ada benda yang tak lengkap, Last sekali persahabatan  yang ada break,musnah,  punah macam tu saja. ^_^




Jadi Patrick dan Spongebob sebagai contoh, sentiasa luangkan masa bersama..
Tangkap obor-obor sama-sama, main sama-sama..

P/S :: As a new-age blogger, kitorang ni sememangnya menggalakkan, bukan saja menggalakkan tapi memaksa sapa yang baca entri ni, Please bagi komen korang tentang penulisan kitorang ni..Kerjasama anda teramat dan amatlah dihargai.. THNX FOR THE VISIT.. :D

Tuesday, May 29, 2012

Blog Dan Aku.



Selamat datang dan selamat membaca di blog Ketika Aku Menulis..

Apa?!? Nama blog ni cam jiwang ?!? haha. Sebenarnya besar  makna blog ni bagi kitorang. Memang nama blog ni, aku akui agak jiwang , dan sebab kitorang memilih nama blog ni adalah sebab nama ni umum. Yeah, memang umum. Sebab apa kitorang memilih subjektif umum sebagai syarat dalam mencari nama blog ni,sebab kitorang memang tak nak buat sebuah blog yang hanya tertumpu dekat hanya satu perkara, let says tentang sukan sahaja,politik(-.-), berita-berita terkini, fakta menarik, dan tentang personal. Sebenarnya kitorang nak bina satu blog yang merangkumi dan menyentuh seluruh isu-isu yang disebutkan tadi. Well, setiap apa yang kitorang tulis adalah dari pendapat kitorang sendiri, maybe pendapat kitorang tu tak kena dengan pendapat sesetengah orang,so dari situ apa kata kalau kita bertukar-tukar pendapat..hmm,seronok bunyinya.. ^ ^
                      
                         
Oh, sebelum itu, terlupa pulak aku nak memperkenalkan diri..ehem..Nama panjang aku Muhammad Azrul Shah Azmi.Nama pendek aku ialah Azrul. Aku sengaja letak gambar aku tengah main paintball ni.Sebab ?!? Aku memang terlampau obses dengan paintball. ^ ^.Back to the topic, Aku dan Akeem stay dan study di tempat yang sama iaitu di Muar.Hobi ?? hmmm.. Rasanya aku tak perlu lagi nak cerita pasal hobi aku disebabkan Akeem dah ceritakan semuanya(senang buat kerja,hehe) . Plus, aku Cuma suka ber-Blog walking jek. Pasal bagi aku seriously memang banyak manfaat dan pengetahuan baru dari blog walking. Seronok pun satu hal gak.

Tapi apa yang paling menyeronokkan ialah bila kita dapat buat blog kita sendiri , then tulis entri, dapatkan kepuasan darinya. Ini yang kitorang nak sebenarnya. Dan disebabkan kitorang ni memang insan yang masih terlampau kerdil dan mentah di blogsphere ni, harap semua abang-abang dan kakak senior blogger,SILA BERI TUNJUK AJAR. Harap ada yang sudi beri komen dan tegur kesilapan kami setiap kali entri keluar.
Sekian.