Tuesday, May 29, 2012

Blog Dan Aku.



Selamat datang dan selamat membaca di blog Ketika Aku Menulis..

Apa?!? Nama blog ni cam jiwang ?!? haha. Sebenarnya besar  makna blog ni bagi kitorang. Memang nama blog ni, aku akui agak jiwang , dan sebab kitorang memilih nama blog ni adalah sebab nama ni umum. Yeah, memang umum. Sebab apa kitorang memilih subjektif umum sebagai syarat dalam mencari nama blog ni,sebab kitorang memang tak nak buat sebuah blog yang hanya tertumpu dekat hanya satu perkara, let says tentang sukan sahaja,politik(-.-), berita-berita terkini, fakta menarik, dan tentang personal. Sebenarnya kitorang nak bina satu blog yang merangkumi dan menyentuh seluruh isu-isu yang disebutkan tadi. Well, setiap apa yang kitorang tulis adalah dari pendapat kitorang sendiri, maybe pendapat kitorang tu tak kena dengan pendapat sesetengah orang,so dari situ apa kata kalau kita bertukar-tukar pendapat..hmm,seronok bunyinya.. ^ ^
                      
                         
Oh, sebelum itu, terlupa pulak aku nak memperkenalkan diri..ehem..Nama panjang aku Muhammad Azrul Shah Azmi.Nama pendek aku ialah Azrul. Aku sengaja letak gambar aku tengah main paintball ni.Sebab ?!? Aku memang terlampau obses dengan paintball. ^ ^.Back to the topic, Aku dan Akeem stay dan study di tempat yang sama iaitu di Muar.Hobi ?? hmmm.. Rasanya aku tak perlu lagi nak cerita pasal hobi aku disebabkan Akeem dah ceritakan semuanya(senang buat kerja,hehe) . Plus, aku Cuma suka ber-Blog walking jek. Pasal bagi aku seriously memang banyak manfaat dan pengetahuan baru dari blog walking. Seronok pun satu hal gak.

Tapi apa yang paling menyeronokkan ialah bila kita dapat buat blog kita sendiri , then tulis entri, dapatkan kepuasan darinya. Ini yang kitorang nak sebenarnya. Dan disebabkan kitorang ni memang insan yang masih terlampau kerdil dan mentah di blogsphere ni, harap semua abang-abang dan kakak senior blogger,SILA BERI TUNJUK AJAR. Harap ada yang sudi beri komen dan tegur kesilapan kami setiap kali entri keluar.
Sekian.


1 comment:

  1. 2 azrul : instead of saying "obsessed", i hink its better if u said i as "lifetime passion"???

    ReplyDelete