Tuesday, August 7, 2012

6 SIRI KRONOLOGI 'SERANGAN' FREEMASON DAN ILLUMINATI DI OLIMPIK LONDON 2012

                                                               
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Fuhh, akhirnya, lepas juga aku mengupdate satu entri ni. Bukan apa, kegiatan yang ada kat sekolah tu dah cukup banyak dan sibuk membuatkan aku berasa seperti Perdana Menteri yang sibuk menguruskan hal ehwal kerajaan. Haa, Nampak permainan dia. Ok. Dalam kesempatan ini juga aku nak ucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pembaca dan umat islam. Semoga ramadhan kali ini akan mendatangkan seribu keberkatan kepada kehidupan kita hendaknya, insyaallah. Kebetulan juga, dalam bulan ramadhan ni lah Sukan Olimpik 2012 berlangsung, dan memilih London sebagai tuan rumah edisi kali ini. Fuhh, sambutan yang diadakan serta publisiti yang dibuat oleh pihak media di sana sememangnya sangat menggalakkan. Aku sendiri pun tengok iklan yang ada kat TV berkenaan sukan olimpik ini, pun aku dah rasa teruja dan tak sabar menanti detik permulaan sukan olimpik.

Tapi, seperti biasa. Anjuran sukan-sukan besar sememangnya akan mengundang kontroversi. Sebagai contoh, Piala Dunia 2010 juga boleh dikatakan kontroversi disebabkan pada mulanya, ramai pihak menganggap kegagalan Afrika Selatan menyiapkan segala kemudahan dan prasarana di sana untuk para pemain bola ini mengikut jadual. Tapi kita lihat, setelah habis penganjuran Piala Dunia edisi kali ini, Afrika Selatan telah diiktiraf sebagai edisi Piala Dunia terbaik yang pernah dianjurkan di dalam sejarah Piala Dunia. Syabas untuk itu. Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan disini. Tentang acara pembukaan Sukan Olimpik London 2012, sememangnya timbul ura-ura dan kontroversi akan pembabitan dajal, Freemason, dan iluminati sehinggakan wujudnya pendapat mengatakan menara Big Ben yang terletak cantik di London akan diletupkan, semuanya semata-mata kerana sesetengah pihak mengamalkan ajaran Freemason dan Illuminati yang terlampau taksub dengan 'card game' mereka.

Memang banyak perkara yang terjadi di acara pembukaan Sukan Olimpik itu dikaitkan dengan isu ini. Ini yang akan aku kupaskan satu demi satu mengikut logik akal, dan bukan berdasarkan fakta semata-mata


1.MEDAL SUKAN OLIMPIK LONDON 2012.

Perkara pertama yang aku nak sentuh, ialah  berkaitan medal atau pingat sukan Olimpik itu sendiri. Sememangnya semua temasya sukan ada menyediakan pingat, dan rupa pingat itu sendiri juga memainkan peranan. Bagi sukan Olimpik London 2012, macam ni rupa pingatnya.
 Apa yang kita nampak hanyalah gambar sorang tuhan Greek. Tetapi dikatakan disebalik gambar tuhan Greek itu, terdapat gambar 'owl' dimana terletak pada bahagian paha kanan Tuhan Greek tersebut. Dan juga diperkatakan simbol 'owl' itu membawa maksud 'the end of something'. Ya.

                                 
Klik gambar untuk pembesaran.
                                                         
Jika hanya dilihat pada gambar ini sahaja, kita tak dapat gambaran jelas tentang 'owl' yang diperkatakan itu, jadi aku menitipkan satu link video dari sumber yang aku dapat.

http://www.youtube.com/watch?v=O0QvsQ5IqwU

Dalam video ini juga mengatakan terdapat 'vishnu conch shell' yang aku sendiri pun tak pasti apa fungsi atau apa sebenarnya conch shell tersebut, aku hanya dapat memastikan conch shell itu ada berkaitan dengan fahaman hindu. conch shell yang diperkatakan itu terletak pada belakang Tuhan Greek tersebut, iaitu yang dipegang di tangan kiri itu, apa yang dapat aku pastikan bahawa conch shell yang diperkatakan itu sememangnya lebih kepada bentuk kain. Ya, bukan kah kalau kita lihat pada patung-patung Greek yang lain, memang terdapat kain yang diliit pada badan mereka. Yelah, dulu mana la ada penciptaan baju, seluar ni semua, haa, nampak permainan dia kat situ ? semuanya ada dijelaskan di dalam video tersebut dan aku tak percaya 100% apa yang diterangkan oleh orang tu.Haha, ok. kita lihat pada penemuan seterusnya.


2.REKAAN LAMPU STADIUM OLIMPIK.

Stadium Olimpik yang berada di London sekarang ni, sejujurnya aku mengaku memang la tak secantik Stadium "Bird's Nest " di Beijing. Tapi tak perlu la menambah lagi kehodohan dengan lampu tersebut. Secara tak semena-mena jek ada bentuk segi tiga kat bumbung stadium tersebut. Tapi bukan soal rupa yang nak dibangkitkan, soal bentuk lampu tersebut yang perlu dibangkitkan !!! Sesetengah puak ni terlalu taksub sampai mengatakan lampu tu merupakan lambang FREEMASON. Memang la lambang Freemason ni bentuknya segitiga, tapi jangan la lampu tak bersalah ni jugak yang dituduh berunsurkan Freemason. Kenapa tak kata jangka lukis yang selalu kita gunakan tu freemason ? lagi sebijik bentuknya dari bentuk lampu ni. Samosa pun tak de sape ungkit, haha, tau la makanan. Potongan pizza pun segi tiga jugak, tapi tak pernah orang sebut tentang freemason. Kenapa mesti lampu ??!? kenapa ???

Lampunya yang berbentuk segi tiga, puihh
                                     

3.'CARD GAMES'

Card game ini dicipta oleh Steven Jackson, seorang pengamal illuminati juga. Apa yang menyebabkan card ini top, hanya disebabkan 'ramalan' kononnya tepat,likat dan melekat sekali. Nak dijadikan contoh, kad gambar pentagon terbakar ni, tak tau la dibom ke hape.

                                                 

Tak cukup dengan tu, ditambah pulak dengan kad menunjukkan penyakit selsema berjangkit (selsema burung, selsema babi ), kad menunjukkan tumpahan minyak, dan kad yang paling menarik hati aku, ialah kad menunjukkan 5 orang yang kebetulan memakai baju kuning, hijau, biru, hitam dan merah. Dan secara kebetulan warna baju yang mereka pakai itu mewakili warna simbolik olympic rings.Dan juga menara Big Ben yang runtuh. Haa, itu yang menampilkan kontroversi sekarang ni.    


                     


Untuk pengetahuan semua, kebanyakan logo illuminati banyak menggunakan warna kuning, hijau, merah, biru, putih, dan hitam. Katanya setiap satu warna ini membawa maksud yang tersendiri.

Kuning           = Earth
Putih              = Metal
Biru & Hitam = Water
Hijau             = Wood
Merah           = Fire

Bagi aku, bab yang menara Big Ben akan runtuh tu, benda tu tak akan terjadi selagi orang tak taksub terhadap card game ni. Seandainya terjadi sekalipun, dan dakwaan ramalan 100,000 orang akan mati di Sukan Olimpik London tu betul-betul terjadi, jelas sekali ianya kebetulan dan sudah jelas dirancang. Taksub sangat sampai tetap nak buktikan ramalan card game tu benar. Bagusss.

Yang bab kad yang ada 5 orang berpakaian baju dengan warna pada gelang olimpik tu, aku rasa itu satu lagi contoh idea bodoh mengatakan warna baju mereka kononnya kebetulan sama dengan lambang olimpik ring nih.

Kad yang paling ngetop sekarang ni, berkaitan pengeboman di  Olimpik 2012
                                   

Apa komen aku tentang kaitan disaster yang diorang kaitkan tuh dengan olimpik ? Seriously bullshit. -.-'. Itu komen aku. Maksud aku, Card game itu dicipta pada tahun 1990-1995 dan dipercayai pada tahun 1994. Manakala lambang moden olympic rings itu pulak sudah mula di 'design' kan pada 1912. Nampak tak betapa jauhnya beza tahun ? Nampak sangat la dirancang. Aku tak akan menafikan kesahihan card game ini SEANDAINYA jika card tersebut dicipta sebelum Olympic rings tadi dicipta.

4.MASKOT RASMI SUKAN OLIMPIK



Maskot rasmi Sukan Olimpik 2012
                                       
Haa, ni satu lagi, aku sedar maskot kali ni hodoh, hina, bermata besar, takde leher, puihh. Tapi tak bermakna seteruk-teruk maskot ni adalah dajjal. Ada ke patut timbul ura-ura mengatakan maskot ni adalah jelmaan Dajjal Al masih. ASTAGHFIRULLAHALAZHIM. Seriously, aku berpendapat jelmaan dajjal yang sebenar itu lebih ngeri, lebih menakutkan dan lebih lebih lebih lebih ... semua yang teruk la senang cerita. Ada ke pulak maskot ni happy-happy ngan atlit, lepas tu hanya maskot ( patung dan orang di dalam) dipanggil dajjal. Maskot tu aku rasa tak seteruk Dajjal la. Hanya kerana maskot tuh bermata satu, patutkah dia dipanggil dajjal ? Bagaimana pula dengan seorang atok yang dibedah mata, dan tinggal satu mata jek ? Asal tak timbul pula kata yang atok ni seorang dajal ke ? satu mata jugak kan ? Dekat situ kita dah boleh nampak pemikiran orang ramai, begitu sempit tanpa mencari jawapan kepada perkara sebenar, hanya menjadi pak turut dan meng ia kan apa yang mereka dengar. Dari situ juga kita boleh sedar bahawa bukan kepercayaan sahaja yang membezakan kita dengan puak ni, tapi 'mind set' juga. Nasihat aku, berhenti menyebarkan benda-benda yang macam haremm dan mengarut, boleh tak ? Dajjal itu kan pasti. Apa yang nak dok sibuk-sibuk sangat pasal maskot tu, sedangkan kita boleh gunakan masa untuk bermunajat kepada allah dam mempersiapkan diri dengan tipu helah dajjal. Fikir-fikir kan.


5.KAITAN NABI MUSA A.S PADA ACARA PEMBUKAAN SUKAN OLIMPIK


Antara babak dalam Upacara pembukaan Sukan Olimpik
Ni satu lagi, aku tak nampak apa-apa sebab kenapa mesti dia pilih nabi musa. Topik yang ini tak berapa nak freemason sangat. Tapi aku masukkan juga kerana nak memperbetulkan keadaan di mana silapnya diorang nih. OK. Maklumat mengatakan bahawa ramai orang percaya bahawa gambar dibawah ialah gambar nabi Musa A.S. Yang bayi itu gambar ketika Musa A.S sedang dihanyutkan di Sungai Nil katanya. Dan yang lagi satu tu gambar nabi Musa dengan tongkat saktinya. Ok, apa yang aku nak cakap. Once again, jangan tunjukkan perangai bullshit anda di khalayak ramai. Aku tahu yang wujudkan kisah ni sememangnya orang islam, dan sebenarnya korang dah pun memperbodohkan diri korang di hadapan orang kafir semua. Aku kat sini bukan nak menangkan orang kafir, atau nak menangkan sukan Olimpik ni, tidak sama sekali. Tapi sebenarnya, bukan ke kita sepatutnya lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu, buat sedikit kajian terlebih dahulu. Jika di tnya, Kita mengaku yang kita sayangkan Nabi Musa, cintakan Nabi Musa, Mengaku Baginda sebagai Nabi Allah, tapi macam tu ke kita nak tunjukkan semua perasaan kita kat Nabi musa. Dengan cara menabur fitnah dengan menggunakan nama baginda ?



Agak korang sedar ke tak, benda yang berpakaian serba hitam, dengan tongkat saktinya itu merupakan Voldermort seperti dalam watak Harry Potter, antara karya teragung Made In Britain. Dan bayi itu adalah Harry ketika dia masih bayi. Dan apa kena mengena pulak dengan nabi musa ? Ya, memang betul nabi Musa itu punya tongkat yang dianugerahkan allah kesaktiannya, tapi ingat tak kisah dimana Nabi Musa menghentakkan tongkat baginda ke tanah, lalu bertukar lah tongkat baginda  menjadi ular gergasi. Apa yang aku nak tanya ialah, kalau betul itu adalah nabi musa, sebutkan aku cara nak menghentakkan tongkat sekecik itu ke tanah. Haa, tak boleh kan ? tak kan la sampai nak mencangkung pulak. Apa masalahnya ialah kita ni selalu saja berfikiran negatif terhadap sesuatu perkara. Ingat, berfikiran negatif itu la yang datangnya perasaan yang bukan-bukan, taksub yang akhirnya memakan diri.
Kalau nak tahu, cer try baca komen yang ada dekat gambar dekat link ni. Ada orang bukan islam yang mengutuk islam kerana perkara inilah . Fikir-fikirkan .

.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=463190957032498&set=a.162370323781231.35512.144555412229389&type=1&theater



 6.2012-ZION



  Haa, ini isu paling hangat dalam Olimpik kali ini. Soal angka olimpik 2012 yang kalau diputar belitkan  diterbalik-balik kan, akan dapat perkataan 'ZION'. Hahahaha. Yang paling aku cirap tu, kenapa mesti diterbalik-balik kan. Bagi sesiapa yang masih tidak mengerti, ini equationnya.

2012 = ZOIZ
ZOIZ = ZIOZ

Diterbalikkan 'z' belakang.

ZIOZ = ZOIN 

ZOIN = ZIONIS 
Ok, aku nak tanya. Kenapa mesti diterbalik balik kan. ? Untuk nampak lebih suspens ke ? Untuk menyorokkan ada maksud-maksud tersembunyi dan suruh kita temui sendiri macam dalam Indiana Jones dan National Treasure ke ? haha. Itu persoalannya sekarang ni. Kalau perkataan lain yang digunakan, boleh la diterima akal sikit. Ini "2012" yang digunakan. Aku nak tanya, puak Illuminati dan Freemason ni habiskan berapa banyak masa mengira dari tahun ke tahun nak kena kat Olimpik pada tahun 2012 ? Come on la, ni bukannya cerita kanak-kanak, nak buat bodoh-bodoh jek. Dah tentu la acara sukan Olimpik ni memang  diadakan dan dilangsungkan 4 tahun sekali. Dan telah jatuh pada tahun '2012'. Dan aku berani jamin, kalau jatuh pada tahun 2011 sekalipun, atau 2013, mesti akan ada agenda yang diorang nak selitkan unsur-unsur freemason dan illuminati. Tak kan diorang sanggup kira satu satu tahunnya sampai dapat 2012. Aku rasa pun Olympic Games ni pun dah start sebelum Freemason wujud lagi. Mengikut catatan sejarah, Olimpik sudah bermula pada tahun 776 BC lagi. so, sekali lagi, JUST THINK ABOUT IT !!


Secara kesimpulannya, aku rasa kita sepatutnya buka minda kita sikit, BE OPEN MINDED. Tak lah kita dipandang serong oleh orang kafir, orang barat sana tu. Sebenarnya, memang banyak lagi contoh-contoh dan segala tohmahan kosong yang dilemparkan kepada Sukan Olimpik berkaitan Freemason. Apa yang aku sentuh kali ni hanyalah yang utama dan paling ngetop je. haha. By the way, aku bersyukur dapat juga kesempatan nak menulis entri tentang topik yang dah lama aku rasa nak tulis, dah lama rasanya terbuku di hati. Hahaha, walaubagaimanapun, aku minta maaf jika ada antara kandungan entri ini yang tersalah fakta, tak matang atau apa sahaja lah. OK. Terima Kasih kerana sanggup membaca. PLEASE LEAVE A COMMENT. ^_^
                                   




4 comments:

  1. Kupasan menarik, pelik dengan orang islam yang terlalu paranoid ni.

    By the way i wrote the same topic too, feel free to read :)

    http://dakaraai.blogspot.com/2012/07/olimpik-jangan-terlalu-paranoid.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kerana sudi membaca. Nice info on your blog ^_^

      Delete
  2. nice one...lau admin igt la...time world cup dulu pun ade kecoh psl bnde ni...tp bkan freemason...pujaan tuhan amon...nk sacrifice tp xde bnde jadik pun...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konsep yang diorang cuba tunjuk adalah sama macam konsep freemason dekat Sukan Olimpik 2012. Kira macam apa yang terjadi kat sukan olimpik ni ulangan apa yang terjadi dekat Piala Dunia 2010 tuh. Diorang still buat benda sama, nak terbalikkan logo piala dunia yang kecik pada logo tema Piala Dunia 2010 tuh. Tapi kalau nak diikutkan, tak perlu pun semua tuh. Karut ya amat. Dah macam sengaja nak cari publisiti murahan plak pada temasya sukan yang besar-besar ni. Aku cuma boleh cakap, "siapa percaya, bodoh". itu jekk la. haha. btw, thanks for reading.

      Delete