Thursday, May 31, 2012

Berkawan sebagai seorang Kawan.


Sebut sahaja pasal kawan, memang kebanyakan orang mesti fikir tentang kebaikan berkawan, seronok bila ada kawan yang ramai,bla bla.. Tapi pernah tak diorang terfikir… Boleh ke diorang ni hidup tanpa kawan di sisi, ataupun ada kawan tapi rupa macam tak ada… apa fungsi kawan tu sebenarnya ea ?? Kalau tanya soalan ni mesti orang ramai akan jawab  “ala, kawan ni kalau hilang sorang, beribu lagi yang datang..”Tapi macam aku cakap, boleh ke diorang ni hidup tanpa kawan yang betul-betul berguna..seriously, memang susah nak cari kawan yang betul-betul berguna sekarang ni..Lagi-lagi dalam dunia moden ni,era teknologi lagi..Silap hari bulan memang la kita di’perkena’kan  oleh kawan kita ni..Bila dah terkena camni, baru la nak memaki hamun, menyesal bagai..

Aku bukan la berniat nak tulis entri ni pasal aku baru terkena dengan kawan aku sendiri, walaupun kekadang tu memang ada terkena jugaklah, tapi perjalanan hidup aku sendiri masih panjang.. Apa- apa pun yang berlaku , aku cuma ingat satu jek..Pengalaman memang mengajar kita erti kehidupan..OK..Berbalik kepada macam mana aku boleh dapat idea nak tulis entri pasal kawan ni, pada suatu petang aku baru jek bangun dari membuta(-.-‘), tak tahu entah macam mana,tetiba aku dapat satu ilham nak buat satu blog dan hasilkan satu entri tentang kawan.. Tetiba aku tersedar akan apa function kawan ni yang sebenarnya.. Dan secara tak semena-mena, aku teringat akan peristiwa kawan aku yang sorang nie..
Nak dijadikan cerita, aku ada 2 orang kawan karib, dikenali sebagai si A dan si B(bukan nama sebenar) jek la ye..Aku dah berkawan dengan diorang nie sejak dari aku Form 1 lagi, dan sekarang aku Form 4 means kitorang dah berkawan selama 4 tahun..Dan selama 4 tahun ni kitorang berkawan tak pernah-pernah kitorang bergaduh..Walaupun kekadang tu kitorang pun mungkin ada la gak perasaan jengkel atau dendam kat diri masing-masing, apatah lagi berselisih pendapat, tu lagi la dah biasa.. Tapi perasaan tu cepat jek hilang pasal setiap dari kitorang bertiga ni dah macam ada sifat-sifat `neutralizer’ kononnya.Haha. Tapi itu memang true story, memang perasaan marah tu cepat hilang. Hari ni marah, esok memang dah rasa ok macam tiada apa pun yang berlaku hari semalamnya. Punyalah akrab nye kitorang ni sampai misal kata cikgu ada berikan satu task yang perlu dibuat dalam group, muka yg sama,yakni  tiga org ni mesti menempel dalam satu group yang sama..

Pastu boleh pulak ada mulut-mulut puaka yang memang layak kalau aku sumbatkan  1kg C4 ke dalam mulutnya, yang mengatakan kitorang ni, gay?!??? Wadafak. Kira untung aku tak panggil diorang ni ************.. WHAT THE FUUUUU!!  Tapi kitorang sebagai  laki-laki yang gentle(ehem), abaikan semua tohmahan kosong tu. Buat bodoh jek sampai mulut-mulut tu semua diam sendiri. Nak buat apa dengar cakap orang. Tapi bukan itu klimaks yang aku nak ceritakan dalam topik ni. Tapi nak beritahu yang salah seorang dari kitorang ni, let says si B ni ada menghidapi penyakit kronik.True story. Tak perlu la aku nak beritahu penyakit apa yang dimaksudkan tu. Asalkan korang paham, si B ni ada satu penyakit kronik yang memang dihidapinya sejak dari kecil lagi. Hell yeah!!  Tapi si B ni boleh bertahan hidup sampai la sekarang. Selalunya penghidap penyakit yang cenggini memang doktor dah boleh target dah jangka hayat hidup diorang ni. Sedangkan kawan aku ni, dia boleh bertahan sampai la sekarang. Serius cool. Aku ingat masa kitorang baru nak start berkawan, macam –macam kot dia ngadu, sini sakit.. sana sakit.. Tapi tu la, Aku memang dah lama syak dia ni ada satu penyakit yang mungkin kronik. Tapi  dia tak pernah beritahu kitorang sampai la satu kali tu dia ada beritahu kitorang, yang dia ni ada penyakit __________.(perlu dirahsiakan)..

 Hari tu memang aku rasa percaya dan aku rasa aku perlu lakukan sesuatu, dan berkat hasil usaha kitorang ni, dia memang dah takda dah nak ngadu sakit, still ada tapi tak sekerap dulu..aku bukan buat sesuatu macam bedah dia ke macam bedah katak,tidak sama sekali. Tapi aku dan si A buat something yang mungkin boleh gembirakan lagi hidup dia, kasi dia semangat, bantu dia kat macam-macam benda. Dalam kitorang bantu dia macam-macam , kitorang bukan  setakat bantu dia sahaja, tapi kitorang seolah-olah mendidik dia macam mana nak survive masalah-masalah yg macam ni..kitorang bantu si B ni bina balik semangat dia.. Dan yang paling aku jengkel sekali, kitorang banyak bantu dia dalam pelajaran, sehingga sekarang ni dia selalu dapat markah exam yg lagi tinggi dari aku. Apa seyh (-.-).  Sampai la sekarang ni, aku memang dah tak dengar lagi cerita pasal penyakit dia tu. Tak tahu apa kesudahannya. Aku Cuma berharap dia dah sembuh. Haha ^ ^


Dan sekarang ni apa yg aku nak simpulkan, ialah walau seramai mana pun kawan yang kita miliki, tapi kalau takda kawan yang nak menyupport kawan sendiri, its useless. Aku bukan sekadar berceloteh panjang kat sini sekadar nak beritahu pengorbanan aku dan si A tadi ke atas si B ni, tapi aku nak bincangkan sendiri pasal apa sebenarnya  function kawan..All of this, is my own opinion..Maybe orang akan tengok bahawa pendapat aku ni memang terdapat sedikit low atau terserlah ketidakmatangannya oleh senior blogger. Aku cuma meluahkan apa yang aku rasa dari lubuk hati aku sendiri. Macam mana seorang kawan patut membantu kawan yang lain dalam menyelesaikan masalah, dan macam mana kita boleh bimbing diorang yang bermasalah ni sendiri keluar dari kepompong masalah yang diorang hadapi sekarang ni, just remember this words “ Friend in need is a friends indeeds”. Ayatnya simple jek, tapi membawa makna yang tersangatlah besar. Terharu aku (tu tipu).  Last word,for me berkawan tanpa pengorbanan itu sememangnya ibarat tengok cerita Spongebob tanpa Patrick, tengok The Avengers tanpa Ironman, tengok Super Spontan tanpa Johan dan Zizan. Cerita tu akan still berjalan seperti biasa, tapi kita takkan ada rasa seronok , rasa macam ada benda yang tak lengkap, Last sekali persahabatan  yang ada break,musnah,  punah macam tu saja. ^_^




Jadi Patrick dan Spongebob sebagai contoh, sentiasa luangkan masa bersama..
Tangkap obor-obor sama-sama, main sama-sama..

P/S :: As a new-age blogger, kitorang ni sememangnya menggalakkan, bukan saja menggalakkan tapi memaksa sapa yang baca entri ni, Please bagi komen korang tentang penulisan kitorang ni..Kerjasama anda teramat dan amatlah dihargai.. THNX FOR THE VISIT.. :D

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete